Saturday 17 March 2012

ukur aras

ukur aras ialah pengukuran untuk menentu pembezaan ketinggian antara dua titik di permukaan bumi .Prinsip ukur aras adalah bahawa penggunaan alat ukur aras akan dapat menbentuk satu garis pandangan iaitu garis kolimatan  bagi alat aras yang terletak dalam suatu satah ufuk melalui bebenang  ufuk bagi alat .

Kegunaan ukur aras
  1. mendapatkan beza tinggi antara dua titik
  2. mendirikan batu aras  dan batu aras sementara
  3. menghasilkan peta kontur bagi perancangan suatu projek seperti pembinaan kawasan perumahan 
  4. menandakan kecerunan tanah bagi proses penambakan , permotongan tebing dan pengaliran air
ISTILAH-ISTILAH DALAM UKUR ARAS

  •  Garisan Aras

Garisan mendatar yang selari dengan permukaan ufuk bumi. Contoh yang paling senang dilihat ialah permukaan air di sebuah tasik.  Garisan ini akan  bersudut tepat dengan garis graviti bumi

  • Aras Laras  (Reduced Level)

Aras laras bagi sesuatu titik adalah ketinggian (ukuran tinggi) baginya yang telah diukur dengan merujuk kepada suatu permukaan aras tetap yang dikenali sebagai datum atau aras kiraan untuk sesuatu titik. Ianya samada  berada di sebelah atas atau bawah datum tersebut.

  •  Batu Aras  (Bench Mark – BM)

Batu aras adalah suatu titik rujukan tetap yang terletak di atas permukaan bumi di mana arasnya telah diketahui nilai ukuran tingginya dengan merujuk kepada datum tertentu. Datum rujukan biasanya adalah aras purata laut  (Mean Sea Level - MSL)

  •  Batu Aras Sementara  (Temporary Bench Mark – TBM)
Batu aras sementara adalah titik-titik tetap tetapi bersifat kurang kekal dan dibentuk berdekatan kepada tapak ukur bagi menjimatkan kerja-kerja rujukan kepada batu aras yang mungkin terlalu jauh.

  • Pandangan Belakang

Cerapan yang pertama diambil selepas alat aras didirisiapkan pada satu -satu kedudukan atau bacaan setaf pertama yang diambil di atas satu titik yang diketahui ukuran tingginya.

  •  Pandangan Antara

Cerapan yang diambil di antara pandangan belakang dan pandangan  hadapan

  •  Pandangan Hadapan

Cerapan terakhir sebelum alat aras dipindahkan kepada kedudukan titik yang lain atau bacaan setaf yang diambil di atas satu titik di mana ukuran tingginya hendak ditentukan.

  •  Titik Pindah

Titik kedudukan setaf di mana dua bacaan dibuat iaitu pandangan belakang dan pandangan hadapan diambil.

PERALATAN DALAM UKUR ARAS

  • Alat aras 
digunakan untuk menjalankan ukur aras

  • Kakitiga alat aras 
Digunakan untuk mendirisiap alat aras

  • Setaf
Setaf yang digunakan adalah setaf metrik yang boleh dipanjang dan dipendekkan. Panjangnya adalah 4 atau 5 meter yang bersambungsambung

  • Gelembung Setaf
Gelembung udara yang digunakan untuk memastikan setaf didirikan betul betul tegak. Selalunya dilekapkan pada sisi setaf. Gelembung udara pada gelembung setaf dapat membantu kepugakan setaf.

  • Pita ukur
Digunakan untuk mengukur jarak dari alat aras ke setaf

  • Borang pengukuran ukur  aras
Buku kerja luar digunakan untuk merekod bacaan dan membuat kiraan aras laras. Pembukuan dan kiraan boleh dibuat dengan dua kaedah, iaitu kaedah naik turun atau tinggi garis kolimatan

TATACARA UKUR ARAS 
  
  1. laraskan alat aras 
  • laraskan alat aras dengan laraskan BS dan FS
  • Pastikan alat aras dilaraskan pada setiap titik baru2


     2 . mulakan dengan membaca bacaaan setaf di BM atau  Bench mark 
  • mulakan dengan mengambil bacaan pandangan belakang pada BM
  • ambil bacaan pandangan hadapan dan belakang pada semua titik pindah
  • tutup dengan  bacaan pandangan belakang pada BM semula  







No comments:

Post a Comment