Saturday 17 March 2012

pengertian hati


  1. hati 
terdapat dua pergertian hati 

daging yang berbentuk buah shanaubar yang terletak pada hujung dada sebelah kiri . di dalam hati itu ada lubang yang mengandungi darah hitam . itulah sumber nyawa .Hati itu ada pada haiwan .Kerana hati ini adalah sepotong daging yang tidak berharga

hati yang halus .Hati ini ialah hakikat manusia .Hati inilah yang merasa , mengetahui , dan mengenal daripada manusia 


Tentera hati 


hati menpunyai dua tentera iaitu tentera yang dapat dilihat dengan mata kasar dan tentera yang tidak dapat dilihat iaitu dengan mengunakan mata hati

Tentera hati yang  dapat dilihat

a) tentera hati yang dapat dilihat ialah tangan ,kaki , mata , telinga , lidah dan anggota lain .semua itu adalah pelayan hati yang hanya berkerja untuk hati .semua anggota itu dijadikan secara naluri patuh kepada hati

Apabila hati meyuruh kaki bergerak , nescaya kaki akan bergerak. Hati adalah kenderaan tubuh dan berbekalkan ilmu dan tidak mungkin hamba itu sampai kepada Allah selama badan tidak tenang dan meningggalkan dunia .

b) Tentera batin

tentera batin adalah nafsu syahwat dan tentera zahir seperti tangan yang  menarik makanan .

Tentera batin yang lain ialah pancaindera  pendengaran , penglihatan ,sentuhan dan merasa dengan lidah  dan tentera zahir ialah mata ,telinga , hidung dan lain - lain

Tentera marah dan tentera nafsu syahwat


Tentera marah dan nafsu syahwat kadangkala tunduk kepada hati yang sempurna . seterusnya tentera ini akan menolong hati kepada jalan yang yang akan ditempuh.

Kadangkala kerdua tentera ini derhaka dan memberontak kepada hati . Sehingga hati dimainkan  .Seterusnya akan berlaku kebinasaan hati dan terputus hati dari penjalanan


Tentera Hati yang lain Ilmu


Menjadi hak hati untuk meminta pertolongan pada tentera yang bernama  ilmu ,hikmah kebijaksanaan  dan Pemikiran  .Dan tentera ini adalah tentera Allah S.W.T


























No comments:

Post a Comment