Saturday 17 March 2012

Ukur aras jitu

Ukur aras jitu adalah merupakan satu proses pengukuran untuk menentukan nilai - nilai aras dengan tepat dan jitu .Pengukuran ini dijalankan dengan membina satu jaringan kawalan pugak dalam bentuk batu - batu aras
ianya dijalankan dengan satu prosedur khas dengan mengunakan alat -alat yang tententu 

Dengan ini ukur aras jitu adalah berbeza dengan ukur aras biasa .Setiap seksyen adalah berjarak lebih kurang satu kilometer dan ditandakan dengan batu aras serta diukur dua hala iaitu ke belakang dan kehadapan .Datum ini adalah nilai aras yang digunakan sebagai rujukan .Nilai ini ditentukan dengan cerapan air pasang surut pada suatu tempat yang tententu

Tujuan

  1. mendapatkan nilai - nilai ketinggian muktamad bagi setiap titik pengukuran 
  2. ukur kawalan untuk jambatan , empangan dan lain -lain
  3. kerja - kerja saintifik
  4. penentuan pembezaan purata aras laut di antara stesen tolok air pasang surut
  5. tujuan jupem menjalankan ukuran aras jitu adalah untuk penentuan semula Datum Pugak Geodetik Kebangsaan (NGVD)
Proses pengukuran

  • pengukuran untuk rangkaian aras jitu ini dibuat mengikut seksyen ,Satu Seksyen adalah menrupakan jarak antara dua tanda yang berturutan
  • proses pengukuran dibuat dalam dua hala iaitu pergi dan balik .Cerapan pergi dan balik msti dihabiskan dalam suatu hari 
  • tiap - tiap suatu seksyen , pengukuran dibuat satu hala pada waktu pagi dan pada hala yang berlawanan pada waktu petang
  • tiap stesen perlu dibahagikan kepada stesen yang lebih pendek .Jarak maksimum antara suatu stesen ialah 100 meter
  • suhu perlu diambil setiap kali pengukuran perlu dibuat
  • bacaan staff perlu diambil 0.3 m  dari aras permukaan  bumi
  • jarak maksima antara alat dan staff tidak melebihi 50 meter dan biasanya 40 meter
Peralatan 
 

                                                         Leica NA2

No comments:

Post a Comment