Saturday 17 March 2012

tekimetri

Tekimetri diambil daripada perkataan greek  yang bermaksud suatu pengukuran yang cepat . ia merupakan satu cabang pengukuran di mana jarak mendatar dan pugak diperoleh melalui cerapan matahari melalui rerambut stadia yang terdapat dalam teropong .Alat yang biasa digunakan ialah Total Station dan alat level


Kegunaan Tekimetri


  • mengukur butiran di permukaan bumi samada secara semulajadi  atau ciptaan manusia untuk diplot di atas pelan 
  • menghasilkan butiran peta topografi yang mengandungi maklumat butiran dan garis kontur bagi tujuan perancangan sesuatu projek pembinaan seperti jalan dan bangunan 

Kaedah pengukuran dengan mengunakan alat elektronik

Untuk mendapatkan ketinggian aras laras sesuatu titik , Kaedah pengukuran ini sama seperti kaedah stadia tetap staff pugak .Cuma bezanya staf digantikan dengan alat yang dipanggil sebagai pancang jajar ‘pole’ yang dipasangkan dengan alat pembalik (prisma)

Peralatan  yang  digunakan

a)      Total  station ,alat  aras   atau  tekimetri
b)      Rantai  ukur  atau  pita  ukur
c)      Pancang jajar  yang dilekatkan  dengan  alat pembalik (prisma)
d)     Piket  kayu  dan  tukul
e)      Dua prisma sebagai pandangan belakang dan hadapan  .

Cara menjalankan kerjaluar ukur tekimetri

  • Tinjauan
bagi setiap projek ukur , adalah perlu dibuat tinjauan menyeluruh terlebih dahulu ke atas kawasan pengukuran supaya dapat memilih stesen yang baik dan sesuai 

ukur tekmetri mermerlukan  beberapa stesen yang menpunyai kawalan mendatar dan kawalan pugak.


  • Terabas kelas pertama
semua pengambilan butiran adalah berdasarkan rangka kerja stesen kawalan yang mesti dibuat sebelum butiran dijalankan .Namun kebiasaan pembantu jurukur membuat terabas dan mengambil butirab secara serentak 

Terabas ini harus menrangkumi keseluruhan kawasan tersebut

  • Kawalan pugak 
Jika tiada TBM di lokasi tapak pengukuran ukur aras perlu dilakukan bagi memindahkan ketinggian aras laras dari batu berhampiran ke setiap stesen 

  • Pengambilan butiran 
sekiranya pengambilan butiran dijalankan dengan mengunakan alat total station maka tinggi prisma mesti diketahui .semua butiran tidak perlu dicatat kerana di masuk kedalam memori alat total station

Antara butiran yang perlu diambil
  • ketinggian alat total station
  • bering atau sudut mengufuk 
  • sudut pugak samada dongak atau tunduk
  • bacaan stadia  
Tetapi jika mengunakan Total station butiran yang  perlu diambil hanya
  • tinggi alat total station dan prisma
  • sudut pugak 
  • tinggi pancang jajar 
Penentuan beza tinggi

Beza tinggi  =H.1 +/- V-h

H.l =tinggi alat
V  =komponen pugak samada sudut dongak atau pugak (+ve bila sudut dongak dan -ve bila sudut tunduk)
h   =Tinggi pancang jajar

Penentuan aras laras 

Jika diketahui aras laras kedudukan stesen 2 , maka aras laras stesen pancang jajar yang lain boleh diketahui dengan mengunakan formula

Aras laras stesen 3 = Aras laras 2 = H.I +/- V -h












No comments:

Post a Comment