Thursday 30 August 2012

Mengapa Islam dituduh sebagai penganas !


Mengapa islam dianggap penganas  . Adakah kerana ingin menpertahan kedaulatan negara dari kuasa barat digelar Penganas ?? meraka sebenar seorang penjuang ..menpertahankan negara meraka daripada dikuasai oleh kuasa barat ..sedangkan umat islam diluar sana hanya mendiamkan diri meraka ..dan lebih teruk turut menerima pendapat kafir ..menganggap penjuang islam seorang penganas ..

lihat lah umat islam ditindas oleh golongan bukan islam ..semua sumber ekonomi meraka seperti minyak  dan sebagainya dirampas ..meraka tidak dibenarkan keluar dari negara meraka sendiri ..

isu terbesar ialah  zionis israel yang menrampas tanah umat islam  di palestina ..mengapa meraka tidak digelar penganas ...mengapa masyarakat dunia melindungi meraka ..

no previewno previewno preview

 di palestina tanah meraka dirampas oleh zionis ..untuk menwujudkan negara israel yang merdaka .penyembelihan dan pembunuhan dilakukan  dengan kejam ..

 




Friday 3 August 2012

jenis tanda sempadan


 TANDA SEMPADAN

6.0  Pengenalan

Sempadan sesuatu lot itu terdiri daripada tanda-tanda sempadan yang dianggap disambung oleh garis lurus bagi menentukan kedudukan setiap unit tanah dan juga keluasan yang dibendungnya.

Pemasangan tanda sempadan hendaklah dibuat dengan kemas di dalam tanah  dan bahagian atas hendaklah berada  pada ketinggian tidak melebihi lapan sentimetet di atas permukaan tanah .Pemasangan tanda sempadan  di atas permukaan lain hendaklah  dibuat  dengan jelas dan kekal .

 6.1  Penandaan Sempadan

Setiap tanda sempadan hendaklah ditanam sebelum atau semasa ukuran dijalankan dengan mengunakan tanda-tanda sempadan yang ditetapkan oleh jabatan. .Tanda sempadan hendaklah ditanan dengan kemas di dalam tanah dan bahagian atasnya
berada pada ketenggiaan yang sesuai di atas permukaan tanah . Penandaan sempadan diatas permukaan keras seperti batu atau konkrit hendaklah dibuat dengan jelas secara kekal



6.2  Tanda sempadan baru

Tanda sempadan baru  hendaklah ditanam seberapa hamper yang boleh dari  kedudukan stesen terabas dan sewajarnya tidak melebihi  300 meter berdasarkan kepada  koordinat yang ditetapkan  dalam pelan pra hitungan atau dalam pelan surihan kerja luar .

6.3   Tanda sempadan baru di atas garisan asal

Jika tanda sempadan baru perlu ditanam di atas garisan lama , memadai tanda sempadan tersebut ditanam  berdasarkan kepada bering  dalam pelan  pra hitungan  atau koordinat asal  (NDCDB) .

 Had  pembezaan bering baru yang dikira dengan bering asal hendaklah tidak  melebihi  20 saat .

6.4   Jarak antara  tanda sempadan

Tanda sempadan  di atas  garisan yang lurus  hendaklah  ditanam  pada  sela  tidak  melebihi  300 meter  jika  tanda  -tanda tersebut  saling  nampak .  Jika tidak saling nampak sela tidak melebihi  200 meter . dan  Jarak minimum antara tanda  sempadan  adalah   0.1  meter  .

6.5   Jenis  - jenis tanda  sempadan

  1. Batu konkrit

Batu konkrit yang panjangnya 600 mm  dengan  garis  pusat  75 mm dan menpunyai tanda tebuk bagi titik stesen .Bagi batu konkrit  yang ditanam  oleh JUPEM  satu pengenalan bertulis “JUP” dicetak  di bahagian atas permukaan batu

Rajah 6.5.1  Batu Konkrit

Bagi batu konkrit  yang ditanam oleh Jurukur Tanah  Berlesen    permukaan atas tiada menpunyai  apa -  apa pengenalan  ,   Batu bernombor hendaklah  dibeli  daripada JUPEM Negeri  yang berkenaan 


  1. Tiang konkrit

Tiang konkrit bertetulang  yang panjangnya  1200 mm  hingga 1800 mm berbentuk selinder dengan  garis pusat  tidak  kurang  70 mm  dan  menpunyai  tanda  tebuk bagi titik  stesen 

Rajah 6.5.2  Tiang Konkrit

  1. Batu granit

Batu granit berbentuk empat segi  dengan  ukuran  80 mm lebar , 120 mm panjang dan 600 mm tinggi .Menpunyai  tanda tebuk bagi titik stesen .


Rajah 6.5.3   Batu granit

  1. Tanda atas batu

Ditandakan di atas permukaan  batu  dengan cara  menebuk  lubang sebagai  tanda stesen  dan satu pentunjuk anak  panah  dipahat  menghala ke lubang tersebut  .
Rajah 6.5.4 Tanda Atas Batu


  1. Paip besi

Paip besi

Paip besi panjangnya tidak kurang  900 mm  dengan bergaris pusat  diantara  25 mm hingga 50 mm 
Sebaik – baik disadur dengan logam yang tahan karat  dan lubang paip dibahagian  atas hendaklah ditutup  sebaik –baik dengan konkrit  yang  menpunyai tanda bagi titik  stesen

Jika keadaan   tanah  yang  berpasir  , berlumpur  dan juga  keadaan  yang  berpaya .ia dibiarkan  terkeluar  6 inci  daripada  permukaan tanah


6.      Pepaku  besi

 Paku yang  panjangnya  tidak kurang  55 mm  dan bergaris pusat 8 mm.Kepala paku hendaklah  bergaris pusat  15 mm  dan menpunyai penutup  bergarispusat 46mm serta menpunyai tanda pada titik stesen .
Rajah 6.5.6 : Pepaku Besi

6.6   Peralatan yang digunakan  untuk menanam  batu konkrit baru

1.      Total station

2.      Dua Prisma  dan kaki tiga

3.      Rantai ukur atau  pita  ukur

4.      Pancang  jajar  yang  dilekatkan  dengan  prisma

5.      Piket   kayu  dan  tukul

6.      Alat pengorek

6.7   Menanam Batu Baru atas garisan .

Terdapat dua cara menanam batu baru atas garisan  iaitu :

  1. Menanam batu baru  atas garisan secara langsung

Untuk kerja – kerja  menanam  tanda  sempadan  yang  mana kedudukan  tanda  sempadan  antara  lot bersebelahan  menpunyai nilai  bering yang sama maka  kaedah  menanam  tanda  sempadan  atas  garisan  biasanya  dipraktikan .

Cara ini  mudah  dan  cepat  dilaksanakan  .Dengan   cara  ini  alat tidak perlu dipindahkan setiap tanda  sempadan  yang  hendak  ditanam .

Jika tanda-tanda sempadan baru hendak ditanam di atas satu garisan, maka tanda-tanda tersebut hendaklah dibuktikan berada dalam satu garisan. Jumlah jarak mestilah ditunjukkan di atas muka gambarajah apabila tanda baru ditanam di atas garisan asal. Jumlah jarak tidak perlu ditunjukkan apabila tanda baru ditanam di atas garisan baru.

Kaedah  ini  boleh  dijalankan  jika garisan  sempadan  lama  dapat dicerap  terus  dari hujung  ke  hujung  .

  1. Menanam batu baru atas garisan secara tidak langsung

Kaedah ini dijalankan jika garisan sempadan lama tidak  dapat dicerap  secara  terus  dari hujung  ke  hujung , maka ukuran terabas piket  perlu dijalankan  dari batu lama ke batu lama yang lain    dan   batu   baru ditanam dari piket secara kiraan offset .


6.8   Proses kerja

1.      Ukuran Tinjauan

Tinjauan ke atas kawasan yang hendak diukur adalah perlu untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kawasan. Hasil tinjauan ini membolehkan perancangan dibuat dan mengenalpasti keperluan mengenai pengukuran yang hendak dijalankan


2.      Pemilihan Datum

Permilihan  datum  yang baik adalah  berpandukan  kepada suatu   garisan bering  dan jarak  yang diakui betul dan mengikut syarat – syarat datum  dan  garisan ini akan  menjadi  garisan  rujukan  untuk  suatu  pengukuran  . Datum   juga  digunakan   untuk  mencari koordinat tetap  . Oleh itu  permilihan  datum  yang  betul  adalah  sangat mustahak untuk memulakan  sesuatu  kerja

Ciri – ciri datum  yang mencukupi ialah

  • Dua tanda (  batu  sempadan ) yang  bersebelahan   dibuktikan  betul dengan  cara terabas  dan  hitungan  dan  cerapan  azimut ( cerapan  matahari ) supaya betul   pada kedudukannya .

  • Tiga tanda  ( batu sempadan ) dua daripada nya  bersebelahan   , dibuktikan betul oleh pengukuran   sudut  dan  jarak atau   dengan  cara  terabas  dan  hitungan .

3.      Membuat  terabas  kelas pertama

Terabas  kawalan adalah satu garisan penyambungan sebelum memulakan sesuatu kerja selepas  pencarian datum. . Terabas  mestilah   memenuhi    syarat pengukuran  terabas  kelas pertama  .Terabas hendaklah merangkumi   keseluruhan  kawasan  pengukuran  .

4.        Hitungan

Proses ini kami lakukan di pejabat bagi menyemak samada kerja ukur terabas yang telah kami jalankan mengikut kelas ukuran yang telah ditetapkan dan mengira offset batu  sempadan yang akan ditanam dan terabas kelas pertama yang telah dibuat



5.      Menanam  batu sempadan baru

o   EDM dipasang distesen yang diketahui dan prisma dipasang sebagai bacaan bering belakang. Bering belakang diset dan bukaanya adalah mengikut kepada pelan pra-hitungan yang dibekalkan
.
o   Jarak secara kasar diambil dengan menggunakan pita ukur, jarak juga boleh diambil dengan menganggarkan satu langkah bersamaan satu meter. Jarak yang diambil mestilah segaris dengan bering yang dibuka.

  • Garis dipastikan betul dengan memegang kayu dan cermin prisma dipegang diatas kayu tersebut untuk mendapatkan jarak

  • Apabila jarak yang diperolehi kurang daripada 0.100 m, maka lubang akan digali.  Anggaran kasar yang digunakan ialah satu jangkal dianggarankan 0.200m.

o   Prisma didirisiapkan dengan keadaan satu kakitiga ke belakang dan segaris dengan EDM. Dua belah lagi berada diatas. Ini adalah bagi memudahkan pelarasan jarak bagi menentukan kedudukan yang tepat, lubang yang digali adalah berpandukan kepada titik yang diperolehi.

  • Jarak akan dibaca sekali lagi dan arahan panjang pendek akan diberikan oleh juruukur. Contohnya jika jarak yang dikehendaki ialah 8.000m dan jarak yang dibaca ialah 7.900m, maka panjang 0.100m akan diarahkan.

  • Jika jarak yang dikehendaki melebihi sebanyak 0.015m, maka kekunci kakitiga dilaraskan samada naik atau turun bergantung pada arahan.


  • Manakala bagi jarak yang kurang daripada 0.015m pula pelarasan jarak hanyalah memerlukan pelarasan dengan mengerakkan tapak prisma samada kehadapan atau kebelakang bergantung pada arahan panjang pendek.

  • Arah garisan bering juga ditetapkan serentak semasa pengarasan jarak menggunakan tapak prisma  . Arah ditentukan berpandukan arahan dari juruukur samada ke kiri atau ke kanan.

  • Sebelum sesuatu jarak yang tepat dibaca, gelembung udara juga mesti dilaras semasa dua proses diatas disiapkan.

  • Jarak maksimum dan minimum yang boleh diterima semasa pengukuran ialah 0.002m .Setelah  kedudukan yang dikehendaki diperolehi, maka piket atau batu sempadan ditanam berpandukan silangan garis stadia yang dilihat melalui “optical plummet”.

6.9  Kesimpulan

Tanam batu  merupakan salah satu daripada kerja ukur hakmilik untuk menerbitkan lot yang baru iaitu  pecahan dari lot lama.  Kejituan dan ketepatan dalam pengukuran perlu dititikberatkan agar kesilapan semasa kerja-kerja pengukuran dapat dielakkan.