Sunday, 29 July 2012

penyedian pelan pra hitungan


BAB  9  PENYEDIAAN PELAN PRA HITUNGAN

9.1   Pengenalan

Pelan pra-hitungan ditakrifkan di bawah Seksyen 5, KTN, sebagai pelan pra-pengiraan ertinya suatu pelan susunan atur lot-lot yang menunjukkan sempadan-sempadan baru yang dicadangkan dan kawasan-kawasan lot-lot itu yang berasaskan atas pengiraan dari data ukur yang ada dan data releven yang lain, di mana salah tutup pengiraan linear adalah tidak kurang dari sebahagian dalam empat ribu

Penyediaan pelan pra hitungan  diperlukan untuk membolehkan pihak Jurukur Bertauliah mengambil tindakan selanjutnya  terhadap cadangan pembangunan yang telah diluluskan  oleh pihak DBKL  bagi tujuan mendapatkan
-          Kelulusan pentadbir tanah
-          Untuk kelulusan  pelan Akui  oleh Pengarah Ukur

Jenis permohonan yang memerlukan  penyediaan pelan pra hitungan
-          Permohonan untuk menyatukan tanah
-          Permohonan untuk memecah bahagian tanah
-          Permohonan untuk mengubah syarat sekatan dan ketegori tanah
-          Permohonan untuk memecah sempadan tanah


9.2 Tujuan penyediaan pelan pra hitungan

Pelan pra hitungan perlu disediakan  bagi memudah dan melancarkan lagi  perlaksanaan  kerja – kerja ukur yang berkaitan dimana :

  1. Sempadan –sempadan ukur dapat dikenalpasti  dengan lebih tepat

  1. Masalah yang mungkin timbul apabila seorang jurukur tanah menjalankan pengukuran yang belum sempurna dapat dikurangkan .
  2. Pembezaan kedudukan dan keluasan sebidang tanah  di antara yang diluluskan  dan yang diukur dapat dikurangkan
  3. Ukuran tanah  khususnya  bagi permohonan pecah sempadan  serta serah milik  dan berimilik semula tanah dalam hakmilik sementara dapat dijalankan dengan sempurna 

9.3   Format pelan pra hitungan

Pelan pra hitungan  yang disediakan  hendaklah mengandungi :
  1. Tajuk  yang tepat yang menjelaskan urusan terbabit
  2. Menunjukkan pelan lot yang terbabit  dengan urusan yang dicadangkan dengan menunjukkan
  • Dimensi  dan bering  serta luas lot asal dan luas lot yang dicadangkan .
  • Lebar simpanan jalan ,lebar simpanan sungai dan lain –lain simpanan
  • Penunjuk utara dan skala
  • Maklumat – maklumat lain yang diperlukan

  1. Ruangan maklumat tententu pada teks
  • Panduan  dan catitan peringatan
  • Catitkan nombor kadaster
  • Pengesahan permilik tanah
  • Pengesahan pihak berkuasa perancang
  • Pengesahan penghitung dan perlukis dan Jurukur Berlesen

9.4  Perkara yang perlu  diambil perhatiaan untuk membuat pelan pra hitungan

Untuk proses membuat pelan cadangan ataupun pelan pra hitungan terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian

a)      Setiap cadangan pecahan lot mestilah bersesuaian dengan syarat – syarat ,samada untuk permohonan pecah sempadan atau pecah bahagian .Syarat nyata adalah tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan di kawasan masing –maing . Pihak berkuasa tempatan ialah Pejabat tanah dan daerah ,pejabat tanah dan galian dan majlis pembandaran
b)      Simpanan jalan perlu diperuntukkan untuk setiap pecahan lot itu yang mana simpanan jalan ini selalu pada kadar 20 kaki atau 6.096 meter ,namun maih bergantung kepada pihak berkuasa negeri di kawasan masing – masing

9.5  Perkara yang perlu disemak semasa membuat pelan pra hitungan

a)      Membuat semakan samada telah berlaku pemgambilan tanah pada lot tersebut atau tidak sebagai contoh pengambilan untuk jalan raya atau saliran
b)       Membuat  semakan samada lot-lot disebelah lot yang nak dipecahkan itu sudah mempunyai jalan masuk atau sudah di pecahkan atau tidak.
c)       Membuat semakan dikawasan lot samada jika ada pihak yang berkepentingan dengan lot tanah tu atau tidak. Sebagi contoh, pada tanah tu ada laluan kabel TNB.
d)      Membuat  semakan jika terdapat apa-apa bangunan / rumah sudah didirikan di atas tanah tu.
e)      Semak samada tanah tersebut dikenakan apa-apa syarat nyata  dan jenis kergunaaan tanah tersebut.
f)       Untuk pecah bahagian, bahagian setiap penama perlu di beri perhatian kerana keluasan pecahan lot adalah bergantung kepadanya

9.6  Keluasan lot mengikut jenis pecahan

Keluasan – keluasan lot ini digunakan  sebagai rujukan  dalam proses merekabentuk dan perancangan  apabila sebuah lot hendak dipecahkan .Kebiasaan  rekebentuk lot bergantung kepada kehendak pelanggan .


Semi-D
Lebar =12.192  meter atau 40 kaki
Panjang = 21.336 meter atau 70 kaki

Banglow
Lebar =21.336 meter atau 70 kaki
Panjang =24.382 meter

Teres
Lebar = 6.096  meter atau 20 kaki
Panjang =21.336 meter atau 70 kaki

Rumah kedai
Lebar = 6.096 meter atau  20 kaki
Panjang = 21,336 meter atau 70 kaki

 9.7  Menwarnakan pelan pra hitungan

Apabila pelan yang dilukis telah siap , peringkat seterusnya adalah menwarnakan pelan . Dalam menwarnakan pelan setiap objek atau symbol hendaklah dibezakan warna supaya  setiap objek mudah dibezakan .Simbol yang biasa digunakan ialah seperti  parit , sungai , atau  saliran  , jalan , lebuhraya , kawasan lapang , lot asal , lot yang dipecahkan dan sebagainya .


Antara warna yang digunakan mengikut simbol  adalah seperti berikut

a)         sungai – biru
b)         lot asal – biru
c)         lot dipecahkan – merah
d)        kawasan lapang – hijau
e)         lebuh raya – unggu
f)         jalan – kuning

 9.8   Melipat pelan pra hitungan

Apabila peringkat mewarna sudah siap, peringkat seterusnya ialah melipat pelan. Dalam melipat pelan, ianya juga terdapat kaedah dan cara-cara melipat. Contohnya, 
setiap pelan yang berlainan saiz seperti A1,A2 dan A3 selalunya dilipat menjadi saiz A4. Tujuan melipat pelan adalah bertujuan untuk memudahkan pelan tersebut dibawa atau  mudah  untuk dimasukkan ke dalam sampul surat untuk diposkan dan pelan-pelan ini juga dihantar ke pihak bandaran untuk diluluskan sesuatu projek. Oleh yang demikian, tujuan melipat pelan adalah untuk memudahkan kerja.

No comments:

Post a Comment