Bumi sangat luas sekali bagi manusia yang sangat kecil . Tidak mampu Adam dan Hawa sendirian dalam memakmurkan dunia yang luas tanpa bantuan manusia dalam jumlah yang banyak . Disinilah manusia mula ditakdirkan untuk berketerunan
Setelah kandungan sudah sempurna bersalinlah dengan melahirkan dua bayi yang satu laki dan seorang lagi perempuan yang bernama qabil dan iqlima .Hawa mengandung sekali lagi dan melahirkan Habil dan Labuda ..dan melahirkan anak kembar sehingga duapuluh kali .melahirkan ..bayi yang tunggal yang bernama Syits yang menjadi nabi apabila dewasa
Anak nabi adam cukup banyak ..jika anak -anak nabi adam tidak menurunkan generasi , maka sejarah umat manusia akan berakhir .Namun perkahwinan hanya dibenarkan apabila dikahwinkan dengan anak yang tidak sekelahiran
Dengan itu dalam waktu yang singkat keluarga Nabi Adam makin ramai .Akhirnya sebahagian ingin mencari tempat baru .Kerana pembezaan iklim ,suasana ,keadaan geografi maka telah menpengaruhi perkembangan manusia lalu menghasilkan manusia yang berbeza warna kulit , bahasa dan kebudayaan
Terciptalah bangsa Arab , Inggeris , Jepun , dan sebagainya
Secara logik dapat membenarkan bahawa semua bangsa di dunia berasal daripada nenek moyang yang satu
"Hai manusia sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki -laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa -bangsa dan bersuku -suku supaya kamu saling kenal -mengenal ,Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa diantara kamu .Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi Maha Mengenal "
(Al - Hujurat::13)
No comments:
Post a Comment