Saturday, 17 March 2012

kejadian musim

bumi bergerak di dalam sistem suria dalam dua bentuk gerakan iaitu gerakan iaitu gerakan harian (diurnal motion) dan gerakan tahunan (annual motion) .

Gerakan harian 

  1. Gerakan harian bumi ialah putaran pada paksi kutub dari barat ke timur sekali dalam 24 jam . Ini menyebabkan bintang di langit kelihatan bergerak dari timur ke barat 

Gerakan tahunan

 
  1. Gerakan tahunan bumi iaitu gerakan mengelinggi matahari sekali dalam setahun bersamaan dengan (364 1/4 hari) dalam arah lawan jam dalam orbit yang berbentuk elip di atas satah ekliptik 
  2. oleh kerana orbit bumi berbentuk elip , jarak kedudukan bumi dan matahari akan berubah - ubah mengikut masa sepanjang tahun 
  3. kedudukan bumi paling dekat dengan matahari pada lebh kurang 2 januari iaitu dinamakan perihelion dan yang palng jauh dinamakan Aphelion
  4. matahari akan tegak di khatulistiwa pada 22 september di mana ketika ini dinamakan autumnal equnox yang menandakan permulaan musim buah bagi hemisfera utara 
  5. bumi bergerak lagi orbit sehingga pada 22 disember , matahari akan tegak di garisan jadi . Ketika ini dinamakan solstice musim sejuk dan menandakan permulaan musim sejuk di hemisfera utara
  6. bumi bergerak lebih kurang 22 Mac , matahari akan tegak semula d khatulistiwa kali kerdua dalam setahun , Ini dinamakan Vernal Equinox dan  menandakan musim bunga di hemsfera utara
  7. lebih kurang 21 jun matahari berada di garisan sartan bagi menandakan permulaan musim panas 











Friday, 16 March 2012

Terjadinya bangsa -bangsa

Bumi sangat luas  sekali bagi manusia  yang sangat kecil . Tidak mampu Adam dan Hawa  sendirian dalam memakmurkan dunia  yang luas tanpa bantuan manusia  dalam jumlah yang banyak . Disinilah manusia mula ditakdirkan untuk berketerunan

Setelah kandungan sudah sempurna  bersalinlah dengan melahirkan dua  bayi yang satu laki dan seorang lagi  perempuan yang bernama qabil dan iqlima .Hawa mengandung sekali lagi dan melahirkan Habil dan Labuda ..dan melahirkan anak kembar sehingga duapuluh kali .melahirkan ..bayi yang tunggal yang bernama Syits  yang menjadi nabi apabila dewasa

Anak nabi adam cukup banyak ..jika anak -anak nabi adam tidak menurunkan generasi , maka sejarah umat manusia akan berakhir .Namun perkahwinan hanya dibenarkan apabila dikahwinkan dengan anak yang tidak sekelahiran

Dengan itu dalam waktu yang singkat keluarga Nabi Adam makin ramai .Akhirnya sebahagian ingin mencari tempat baru .Kerana pembezaan iklim ,suasana  ,keadaan geografi maka telah menpengaruhi  perkembangan manusia lalu menghasilkan manusia yang berbeza warna kulit , bahasa dan kebudayaan

Terciptalah bangsa Arab , Inggeris  , Jepun , dan sebagainya

Secara logik dapat membenarkan bahawa semua bangsa di dunia berasal daripada nenek moyang yang satu


"Hai manusia sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki -laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa -bangsa dan bersuku -suku supaya kamu saling kenal -mengenal ,Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa diantara kamu  .Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi Maha Mengenal "


(Al - Hujurat::13)