BAB 9 PENYEDIAAN
PELAN PRA HITUNGAN
9.1 Pengenalan
Pelan pra-hitungan ditakrifkan di bawah Seksyen 5, KTN,
sebagai pelan pra-pengiraan ertinya suatu pelan susunan atur lot-lot yang
menunjukkan sempadan-sempadan baru yang dicadangkan dan kawasan-kawasan lot-lot
itu yang berasaskan atas pengiraan dari data ukur yang ada dan data releven yang
lain, di mana salah tutup pengiraan linear adalah tidak kurang dari sebahagian
dalam empat ribu
Penyediaan pelan pra hitungan diperlukan untuk membolehkan pihak Jurukur
Bertauliah mengambil tindakan selanjutnya
terhadap cadangan pembangunan yang telah diluluskan oleh pihak DBKL bagi tujuan mendapatkan
-
Kelulusan pentadbir tanah
-
Untuk kelulusan pelan Akui
oleh Pengarah Ukur
Jenis permohonan yang memerlukan penyediaan pelan pra hitungan
-
Permohonan untuk menyatukan
tanah
-
Permohonan untuk memecah
bahagian tanah
-
Permohonan untuk mengubah
syarat sekatan dan ketegori tanah
-
Permohonan untuk memecah
sempadan tanah
9.2 Tujuan
penyediaan pelan pra hitungan
Pelan pra hitungan perlu disediakan
bagi memudah dan melancarkan lagi
perlaksanaan kerja – kerja ukur
yang berkaitan dimana :
- Sempadan –sempadan ukur dapat dikenalpasti dengan lebih tepat
- Masalah yang mungkin timbul apabila seorang jurukur tanah
menjalankan pengukuran yang belum sempurna dapat dikurangkan .
- Pembezaan kedudukan dan keluasan sebidang tanah di antara yang diluluskan dan yang diukur dapat dikurangkan
- Ukuran tanah
khususnya bagi permohonan
pecah sempadan serta serah
milik dan berimilik semula tanah
dalam hakmilik sementara dapat dijalankan dengan sempurna
9.3 Format pelan pra hitungan
Pelan pra hitungan yang
disediakan hendaklah mengandungi :
- Tajuk yang tepat yang
menjelaskan urusan terbabit
- Menunjukkan pelan lot yang terbabit dengan urusan yang dicadangkan dengan
menunjukkan
- Dimensi dan bering serta luas lot asal dan luas lot yang
dicadangkan .
- Lebar simpanan jalan ,lebar simpanan sungai dan lain –lain
simpanan
- Penunjuk utara dan skala
- Maklumat – maklumat lain yang diperlukan
- Ruangan maklumat tententu pada teks
- Panduan dan catitan
peringatan
- Catitkan nombor kadaster
- Pengesahan permilik tanah
- Pengesahan pihak berkuasa perancang
- Pengesahan penghitung dan perlukis dan Jurukur Berlesen
9.4 Perkara yang perlu diambil perhatiaan untuk membuat pelan pra
hitungan
Untuk proses membuat pelan cadangan ataupun pelan pra hitungan
terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian
a)
Setiap cadangan pecahan lot
mestilah bersesuaian dengan syarat – syarat ,samada untuk permohonan pecah
sempadan atau pecah bahagian .Syarat nyata adalah tertakluk kepada pihak
berkuasa tempatan di kawasan masing –maing . Pihak berkuasa tempatan ialah
Pejabat tanah dan daerah ,pejabat tanah dan galian dan majlis pembandaran
b)
Simpanan jalan perlu diperuntukkan
untuk setiap pecahan lot itu yang mana simpanan jalan ini selalu pada kadar 20
kaki atau 6.096 meter ,namun maih bergantung kepada pihak berkuasa negeri di
kawasan masing – masing
9.5 Perkara yang perlu disemak semasa membuat
pelan pra hitungan
a)
Membuat semakan samada telah
berlaku pemgambilan tanah pada lot tersebut atau tidak sebagai contoh
pengambilan untuk jalan raya atau saliran
b)
Membuat
semakan samada lot-lot disebelah lot yang nak dipecahkan itu sudah
mempunyai jalan masuk atau sudah di pecahkan atau tidak.
c)
Membuat semakan dikawasan lot samada jika ada
pihak yang berkepentingan dengan lot tanah tu atau tidak. Sebagi contoh, pada
tanah tu ada laluan kabel TNB.
d)
Membuat
semakan jika terdapat apa-apa bangunan / rumah sudah didirikan di atas tanah
tu.
e)
Semak samada tanah tersebut
dikenakan apa-apa syarat nyata dan jenis
kergunaaan tanah tersebut.
f)
Untuk pecah bahagian, bahagian
setiap penama perlu di beri perhatian kerana keluasan pecahan lot adalah
bergantung kepadanya
9.6 Keluasan lot mengikut jenis pecahan
Keluasan – keluasan lot ini digunakan sebagai rujukan dalam proses merekabentuk dan
perancangan apabila sebuah lot hendak
dipecahkan .Kebiasaan rekebentuk lot
bergantung kepada kehendak pelanggan .
Semi-D
Lebar =12.192 meter atau 40
kaki
Panjang = 21.336 meter atau 70 kaki
Banglow
Lebar =21.336 meter atau 70 kaki
Panjang =24.382 meter
Teres
Lebar = 6.096 meter atau 20
kaki
Panjang =21.336 meter atau 70 kaki
Rumah kedai
Lebar = 6.096 meter atau 20
kaki
Panjang = 21,336 meter atau 70 kaki
9.7 Menwarnakan
pelan pra hitungan
Apabila pelan yang dilukis telah siap , peringkat seterusnya adalah
menwarnakan pelan . Dalam menwarnakan pelan setiap objek atau symbol hendaklah
dibezakan warna supaya setiap objek
mudah dibezakan .Simbol yang biasa digunakan ialah seperti parit , sungai , atau saliran
, jalan , lebuhraya , kawasan lapang , lot asal , lot yang dipecahkan
dan sebagainya .
Antara warna yang digunakan mengikut simbol adalah seperti berikut
a) sungai – biru
b) lot asal – biru
c) lot dipecahkan –
merah
d) kawasan lapang –
hijau
e) lebuh raya – unggu
f) jalan – kuning
9.8 Melipat
pelan pra hitungan
Apabila peringkat mewarna sudah siap, peringkat seterusnya ialah
melipat pelan. Dalam melipat pelan, ianya juga terdapat kaedah dan cara-cara
melipat. Contohnya,
setiap pelan yang berlainan saiz seperti A1,A2 dan A3 selalunya
dilipat menjadi saiz A4. Tujuan melipat pelan adalah bertujuan untuk memudahkan
pelan tersebut dibawa atau mudah untuk dimasukkan ke dalam sampul surat untuk
diposkan dan pelan-pelan ini juga dihantar ke pihak bandaran untuk diluluskan
sesuatu projek. Oleh yang demikian, tujuan melipat pelan adalah untuk
memudahkan kerja.
Tuan, adakah pelan PRA hitungan bagi proses ubah syarat tanah SEK 124 KTN Boleh hanya disediakan/ diendors oleh arkitek berdaftar. Di Dalam KTN tiada pernyataan YG terperinci. Mohon penjelasan/ kongsikan
ReplyDeleteTerima kasih