TANDA SEMPADAN
6.0 Pengenalan
Sempadan sesuatu lot itu terdiri daripada tanda-tanda
sempadan yang dianggap disambung oleh garis lurus bagi menentukan kedudukan
setiap unit tanah dan juga keluasan yang dibendungnya.
Pemasangan tanda sempadan hendaklah dibuat dengan kemas di
dalam tanah dan bahagian atas hendaklah
berada pada ketinggian tidak melebihi
lapan sentimetet di atas permukaan tanah .Pemasangan tanda sempadan di atas permukaan lain hendaklah dibuat
dengan jelas dan kekal .
6.1 Penandaan
Sempadan
Setiap tanda sempadan hendaklah ditanam sebelum atau semasa
ukuran dijalankan dengan mengunakan tanda-tanda sempadan yang ditetapkan oleh
jabatan. .Tanda sempadan hendaklah ditanan dengan kemas di dalam tanah dan
bahagian atasnya
berada pada ketenggiaan yang sesuai di atas permukaan tanah
. Penandaan sempadan diatas permukaan keras seperti batu atau konkrit hendaklah
dibuat dengan jelas secara kekal
6.2 Tanda sempadan baru
Tanda sempadan baru
hendaklah ditanam seberapa hamper yang boleh dari kedudukan stesen terabas dan sewajarnya tidak
melebihi 300 meter berdasarkan
kepada koordinat yang ditetapkan dalam pelan pra hitungan atau dalam pelan
surihan kerja luar .
6.3 Tanda
sempadan baru di atas garisan asal
Jika tanda sempadan baru perlu ditanam di atas garisan lama
, memadai tanda sempadan tersebut ditanam
berdasarkan kepada bering dalam
pelan pra hitungan atau koordinat asal (NDCDB) .
Had pembezaan bering baru yang dikira dengan
bering asal hendaklah tidak
melebihi 20 saat .
6.4 Jarak
antara tanda sempadan
Tanda sempadan di
atas garisan yang lurus hendaklah
ditanam pada sela
tidak melebihi 300 meter
jika tanda -tanda tersebut saling
nampak . Jika tidak saling nampak
sela tidak melebihi 200 meter . dan Jarak minimum antara tanda sempadan
adalah 0.1 meter
.
6.5 Jenis -
jenis tanda sempadan
- Batu konkrit
Batu konkrit yang panjangnya 600 mm dengan
garis pusat 75 mm dan menpunyai tanda tebuk bagi titik stesen
.Bagi batu konkrit yang ditanam oleh JUPEM
satu pengenalan bertulis “JUP” dicetak
di bahagian atas permukaan batu
Rajah 6.5.1 Batu Konkrit
Bagi batu konkrit
yang ditanam oleh Jurukur Tanah
Berlesen permukaan atas tiada
menpunyai apa - apa pengenalan ,
Batu bernombor hendaklah
dibeli daripada JUPEM Negeri yang berkenaan
- Tiang konkrit
Tiang konkrit bertetulang
yang panjangnya 1200 mm hingga 1800 mm berbentuk selinder dengan garis pusat
tidak kurang 70 mm
dan menpunyai tanda
tebuk bagi titik stesen
Rajah
6.5.2 Tiang Konkrit
- Batu granit
Batu granit berbentuk empat segi dengan
ukuran 80 mm lebar , 120 mm
panjang dan 600 mm tinggi .Menpunyai
tanda tebuk bagi titik stesen .
Rajah 6.5.3 Batu
granit
- Tanda atas batu
Ditandakan di atas permukaan batu
dengan cara menebuk lubang sebagai tanda stesen
dan satu pentunjuk anak
panah dipahat menghala ke lubang tersebut .
Rajah 6.5.4 Tanda Atas Batu
- Paip besi
Paip besi
Paip besi panjangnya tidak kurang
900 mm dengan bergaris pusat diantara
25 mm hingga 50 mm
Sebaik – baik disadur dengan logam yang tahan karat dan lubang paip dibahagian atas hendaklah ditutup sebaik –baik dengan konkrit yang
menpunyai tanda bagi titik stesen
Jika keadaan tanah yang
berpasir , berlumpur dan juga
keadaan yang berpaya .ia dibiarkan terkeluar
6 inci daripada permukaan tanah
6.
Pepaku besi
Paku yang panjangnya
tidak kurang 55 mm dan bergaris pusat 8 mm.Kepala paku hendaklah bergaris pusat 15 mm
dan menpunyai penutup
bergarispusat 46mm serta menpunyai tanda pada titik stesen .
Rajah 6.5.6 :
Pepaku Besi
6.6 Peralatan yang
digunakan untuk menanam batu konkrit baru
1.
Total station
2.
Dua Prisma dan kaki tiga
3.
Rantai ukur atau pita
ukur
4.
Pancang jajar
yang dilekatkan dengan
prisma
5.
Piket kayu
dan tukul
6.
Alat pengorek
6.7 Menanam Batu Baru atas garisan .
Terdapat dua cara menanam batu baru atas garisan iaitu :
- Menanam batu baru atas garisan secara langsung
Untuk kerja – kerja
menanam tanda sempadan
yang mana kedudukan tanda
sempadan antara lot bersebelahan menpunyai nilai bering yang sama maka kaedah
menanam tanda sempadan
atas garisan biasanya
dipraktikan .
Cara ini mudah dan
cepat dilaksanakan .Dengan
cara ini alat tidak perlu dipindahkan setiap
tanda sempadan yang
hendak ditanam .
Jika tanda-tanda sempadan baru hendak ditanam di
atas satu garisan, maka tanda-tanda tersebut hendaklah dibuktikan berada dalam
satu garisan. Jumlah jarak mestilah ditunjukkan di atas muka gambarajah apabila
tanda baru ditanam di atas garisan asal. Jumlah jarak tidak perlu ditunjukkan
apabila tanda baru ditanam di atas garisan baru.
Kaedah ini boleh
dijalankan jika garisan sempadan
lama dapat dicerap terus
dari hujung ke hujung
.
- Menanam batu baru atas garisan
secara tidak langsung
Kaedah ini dijalankan jika garisan sempadan lama tidak dapat dicerap
secara terus dari hujung
ke hujung , maka ukuran terabas
piket perlu dijalankan dari batu lama ke batu lama yang lain dan
batu baru ditanam dari piket secara kiraan offset .
6.8 Proses kerja
1.
Ukuran Tinjauan
Tinjauan ke atas kawasan yang hendak diukur adalah perlu untuk
mendapatkan gambaran keseluruhan kawasan. Hasil tinjauan ini membolehkan
perancangan dibuat dan mengenalpasti keperluan mengenai pengukuran yang hendak
dijalankan
2.
Pemilihan Datum
Permilihan datum yang baik adalah berpandukan
kepada suatu garisan bering dan jarak
yang diakui betul dan mengikut syarat – syarat datum dan
garisan ini akan menjadi garisan
rujukan untuk suatu
pengukuran . Datum juga
digunakan untuk mencari koordinat tetap . Oleh itu
permilihan datum yang
betul adalah sangat mustahak untuk memulakan sesuatu
kerja
Ciri – ciri datum yang
mencukupi ialah
- Dua tanda ( batu sempadan ) yang bersebelahan dibuktikan betul dengan cara terabas dan
hitungan dan cerapan
azimut ( cerapan matahari )
supaya betul pada kedudukannya .
- Tiga tanda ( batu sempadan
) dua daripada nya
bersebelahan , dibuktikan
betul oleh pengukuran sudut dan
jarak atau dengan cara
terabas dan hitungan .
3.
Membuat terabas
kelas pertama
Terabas kawalan adalah satu
garisan penyambungan sebelum memulakan sesuatu kerja selepas pencarian datum. . Terabas mestilah
memenuhi syarat pengukuran terabas
kelas pertama .Terabas hendaklah
merangkumi keseluruhan kawasan
pengukuran .
4.
Hitungan
Proses ini kami lakukan di pejabat bagi menyemak samada kerja ukur
terabas yang telah kami jalankan mengikut kelas ukuran yang telah ditetapkan
dan mengira offset batu sempadan yang
akan ditanam dan terabas kelas pertama yang telah dibuat
5.
Menanam batu sempadan baru
o
EDM
dipasang distesen yang diketahui dan prisma dipasang sebagai bacaan bering
belakang. Bering belakang diset dan bukaanya adalah mengikut kepada pelan
pra-hitungan yang dibekalkan
.
o
Jarak
secara kasar diambil dengan menggunakan pita ukur, jarak juga boleh diambil
dengan menganggarkan satu langkah bersamaan satu meter. Jarak yang diambil mestilah segaris dengan bering yang dibuka.
- Garis dipastikan betul dengan
memegang kayu dan cermin prisma dipegang diatas kayu tersebut untuk mendapatkan
jarak
- Apabila jarak yang diperolehi kurang
daripada 0.100 m, maka lubang akan digali.
Anggaran kasar yang digunakan ialah satu jangkal dianggarankan
0.200m.
o
Prisma
didirisiapkan dengan keadaan satu kakitiga ke belakang dan segaris dengan EDM.
Dua belah lagi berada diatas. Ini adalah bagi memudahkan pelarasan jarak bagi menentukan
kedudukan yang tepat, lubang yang digali adalah berpandukan kepada titik yang
diperolehi.
- Jarak akan dibaca sekali lagi dan
arahan panjang pendek akan diberikan oleh juruukur. Contohnya jika jarak
yang dikehendaki ialah 8.000m dan jarak yang dibaca ialah 7.900m, maka
panjang 0.100m akan diarahkan.
- Jika jarak yang dikehendaki melebihi
sebanyak 0.015m, maka kekunci kakitiga dilaraskan samada naik atau turun
bergantung pada arahan.
- Manakala bagi jarak yang kurang
daripada 0.015m pula pelarasan jarak hanyalah memerlukan pelarasan dengan
mengerakkan tapak prisma samada kehadapan atau kebelakang bergantung pada
arahan panjang pendek.
- Arah garisan bering juga ditetapkan
serentak semasa pengarasan jarak menggunakan tapak prisma . Arah ditentukan berpandukan arahan
dari juruukur samada ke kiri atau ke kanan.
- Sebelum sesuatu jarak yang tepat
dibaca, gelembung udara juga mesti dilaras semasa dua proses diatas
disiapkan.
- Jarak maksimum dan minimum yang boleh
diterima semasa pengukuran ialah 0.002m .Setelah kedudukan yang dikehendaki diperolehi,
maka piket atau batu sempadan ditanam berpandukan silangan garis stadia
yang dilihat melalui “optical plummet”.
6.9 Kesimpulan
Tanam batu merupakan salah
satu daripada kerja ukur hakmilik untuk menerbitkan lot yang baru iaitu pecahan dari lot lama. Kejituan dan ketepatan dalam pengukuran perlu
dititikberatkan agar kesilapan semasa kerja-kerja pengukuran dapat dielakkan.