Tuesday 26 June 2012

faedah lapar dan bahaya kenyang

petikan dari kitab ihya ulumiddin 


Rasullah bersabda "bermujahadahlah terhadap dirimu (nafsumu) dengan lapar dan haus . Sesungguhya pahala pada yang demikian "


Ibnu Abbas berkata : "nabi bersabda : "barangsiapa kenyang dan  tidur , nescaya kesatlah hatinya " .Kemudian nabi bersabda : "tiap - tiap sesuatu menpunyai zakat dan zakat tubuh ialah lapar 


Abu Sulaiman Ad-Darani berkata "Haruskah engkau lapar! kerana lapar itu kehinaan bagi nafsu dan kehalusan bagi hati .Dan lapar itu mengwarisi pengetahuan samawi


faedah lapar 



  1. bersihnya hati , bersinar kepintaran  dan tembusnya penglihatan mata hati 
Abu zaid al bustami berkata : "lapar itu kabut .Apabila hamba Allah lapar nescaya hati menhujani hikmah 

Nabi s.a.w bersabda : "cahaya hikmah itu lapar .Menjauhkan diri daripada Allah azza wa Jalla itu kenyang .Mendekatkan diri kepada Allah Azza wa Jalla itu mencintai orang miskin dan mendekatnya .Janganlah kamu kenyang , lalu memadan cahaya hikmah dari hatimu! .Orang yang bermalam dalam keadaan ringan dari makanan , maka bermalamlah bidadari kelilingnya , hingga pagi hari ---hadis dari abu hurairah

     2. halus dan bersihnya hati  yang dengan itu disiapkan untuk menperoleh lazat ketekunan dan berkesan dengan zikir . beberapa banyak berzikir berlalu pada lisan serta kehadiran hati .akan tetapi hati  tidak menperoleh kelazatan  dan tiada kesan . Sehingga seakan - akan terdapat kekesatan hati yang menjadi hijab (dinding ) diantara diantara hati dan zikir 

Abu sulaiman Ad Darani berkata : " adalah ibadat yang paling manis kepada ku  , ialah apabila belakangku bertemu dengan perutku"  (maksudnya apabila lapar dan perut kosong)

   3. menolak tidur dan berkekalan berjaga malam (kurang tidur)
sesungguhya orang yang kenyang akan minum banyak .Orang yang banyak minum nescaya akan tidur banyak 


















Sunday 24 June 2012

pengertian tasawuf

bahawa engkau menyembah Allah seolah - olah engkau melihatNya , Jika engkau tidak  melihatNya sesungguhnya Allah melihat engkau 


kata  Abu Yazid al bustami ...kalau kamu melihat seorang diberi keramat hingga boleh terbang diangkasa , maka tidak usahlah kamu terpedaya denganya selagi kamu belum melihat penjalanan aamalanya dalam perkara yang disuruh dan dilarang  dan melakukan syariat kalau belum sempurna apa yang dilakukan maka apa yang diperoleh itu bukanlah keramat tetapi ia adalah istidraj


kata Al Ghazali ...tasawuf ialah menumpukan hati kepada Allah dan menhina yang lain daripadanya 



Tuesday 12 June 2012

kenali mahluk asing

mahluk asing mungkin berasal dari planet atau dimensi lain.Kemungkinan kemunculan makhluk asing adalah kesempatan oleh Allah S.W.T untuk menyesatkan manusia  pada akhir zaman

spesies makhluk asing yang paling terkenal dan popular adalah grey .Makhluk ini miri wajah belalang dan bermata besar .Spesis ini adalah makhluk kelas perkerja atau ahli teknik

NOrdic

makhluk asing yang dikhabar kan paling mirip dengan manusia .Meraka dikatakan membantu Nazi semasa perang dunia II  . Kerana itu Hitler amat memuja makhluk ini.

Makhluk asing hanya propaganda USA

Mengapa makluk asing dilihat dan digambarkan  menpunyai pengetahuan dan hebat .sebenarnya ia adalah  muslihat  untuk menjenamakan makhluk ini . Di malaysia hantu dan jin dihebahkan dallam keadaan  hodoh  dan  mengerutu tetapi di barat meraka mahu menukar imej ini 

USA melakukan semua ini dengan campur tangan pihak yang tersembunyi seperti yahudi , freemason dan banyak lagi pertubuhan sulit  .Meraka cuba "upgrade "imej makhluk ini dalam keadaan dewa dan dikatakan pernah memerintah dunia suatu masa dahulu .Media utama untuk mencapai misi jahat meraka ialah dengan mengunakan media massa kini .










Monday 11 June 2012

histeria





Pada zaman greek histeria hanya dialami oleh gadis dan janda yang hidup menderita dan berlaku kerana penindasan kaum lelaki  ke atas kaum wanita . Histeria juga berasal daripada perkataan greek  yang bermaksud rahim yang merayau - rayau 


kaum wanita lebih mudah mengalami histeria :
a) kerana sifat semulajadi perempuan adalah halus
b) wanita mudah tertekan dan menpunyai daya ketahana yang mudah tergugat apabila mengalami
    masalah .
c) perempuan diserang histeria kerana tekanan budaya iaitu penindasan dan sebagainya

masyarakat melayu merawat mangsa dengan magis iaitu kaedah rawatan yang melibatkan makhluk ghaib  seperti main peteri dan  bagis .upacara ini dilakukan untuk mendapatkan belas kasihan kuasa ghaib .

Histeria dikaitkan dengan kuasa ghaib seperti jin , hantu dan syaitan .Makhluk ghaib ini menpunyai tempat tinggal  sendiri seperti pokok,sungai dan sebagainya .Kuasa ghaib dikatakan merayau - rayau pada waktu tententu .Mahkluk ini dikatakan berterbangan dan memanggil mangsa .

jin atau makhluk halus akan menyerang otak .bahagian ini adalah pusat segala kegiatan dan kawalan manusia .Makhluk ghaib ini mampu menguasai seluruh badan mangsa , mangsa tidak akan sedar apa yang dilakukan atau tidak berupaya menguasai diri


jin yang ada pada tubuh mangsa akan melarikan diri apabila mangsa sedang diubati tetapi ia akan datang pada waktu tertentu  terutama ketika mangsa leka ,kedatangan haid dan sebagainya


kebiasaan persakit histeria akan diseru oleh makhluk ghaib  .berdiri dihadapan mangsa ,mengikut mangsa dari belakang , melambaikan tangan dan sebagainya .Mangsa histeria akan mula tidak sedakan diri dan mengalami histeria


ada mangsa histeria yang didatangi lembaga hitam dan lembaga itu menyuruh melakukan perbuatan seperti melintas dan sebagainya .


Histeria turut dikaitkan dengan tekanan jiwa .



(tekanan jiwa)

  

cara unik merawat pesakit rasukan

  1. main puteri


main puteri adalah salah satu cara merawat persakit yang mengalami rasukan dan hanya popular di negeri kelantan sahaja .Main puteri dibuat dalam bentuk drama dengan perawatnya akan bermain muzik (rebab dan batil) sambil menyanyi atau bercerita kisah dewa -dewa .

semasa merawat pesakit perawat berada dalam keadaan menurun dan akan mengambil masa berhari - hari .

main puteri akan dimainkan bagi merawat  penyakit yang disebabkan :
a)rasukan mahkluk halus 
b)hilang semangat
c)ketidakseimbangan  tenaga dalaman
d)kehendak yang tidak dapat dienuhi ..betul angin

      
       2. Bagis 

kaedah rawatan bagis diamalkan oleh masyarat nubian di mesir .Masyarakat Nubian yang beragama islam percaya bahawa rasukan disebabkan oleh gangguan jin dan semangat zar .Masyarat Nubian percaya sekali semangat halus merasuk mangsa ia akan kekal selama - lama di dalam badan mangsa .Oleh itu meraka akan melakukan upacara zar berbentuk tarian dan nyayian untuk menyembuhkan penyakit ..

upacara ini dijalan dengan mengunakan gendang dan tamborin 


mimpi sambil berjalan


mimpi sambil berjalan biasa dialami pada usia yang muda.faktor mimpi buruk ini disebabkan oleh emosi seperti gembira ,sedih dan , tekanan


kalau ada orang yang pernah alami mimpi sambil berjalan pasti akan menunjukkan ciri -ciri dan tingkah laku seperti berikut 

  1. mimpi dalam keadaan berdiri dan mata terbuka seperti orang baru bangun tidur
  2. mata tidak bersinar
  3. berjalan disekitar rumah @boleh membuka dan menutup lampu
  4. boleh bercakap  dan berinteraksi dengan orang lain 
 mimpi sambil berjalan tidak berbahaya  kecuali apabila seseorang bermimpi sambil melakukan aktiviti diluar rumah  seperti memasak ,memandu dan mengunakan api ..


Kenali syed hussin Jumadil Kubra


  •  Syed husain jumadil kubra  dilahirkan di  pada  tahun 1336 di kota  agra india  dan hidup dengan limpahan kemewahan dunia kerana ayahnya merupakan gebenor  Agra 

  • Syed Husain Jumadil kubra terus menziarah saudaranya di mughal untuk menziarahi saudaranya Syed  Abdullah  Amir Azamat  Khan dan saudara yang lain .Meraka diajak  bersama - sama melaksanakan dakwah di timur dan bersetuju menjadikan nusantara sebagai tempat tujuan menyebarkan dakwah islam ..

  • Dari Abi Masu'd r.a  bahawa  Rasullah  s.a.w  telah bersabda 
akan datang  pada akhir  zaman menbawa panji  hitam  dari timur 

  • dari  perkahwinan dengan  putri Diraja Kelantan  beliau mendapat  dua orang putera iaitu Sunan Geresik  dan Ali Nurul Alam  serta seorang puteri yang bernama  Puteri Siti Aishah 

  • dari keterunan beliau lahirlah wali sembilan yang menyebarkan islam di tanah jawa .Meraka sanggup mengorbankan gelaran meraka hanya untuk menyebarkan islam